Jun 11, 2007
mengejar bayang

Hummm... humang aih boring... Minggu lepas aku balik kampung kat Miri. Pastu hari rabu baru masuk kije balik. Bebalik je keje bertimbun. Cam timbunan sampah kat tpt pelupusan. Aku pulun 2 ari siap sume. Then since friday aku dah tak ada keje nak buat. Semalam one whole day tak de apa. Menda la kompeni aku ni kan?

Tambah boring lagi bila kawan encik boss yang tumpang ofis ni sering menyibuk hal aku. Laki bini sama. Akhirnya aku tak nak bercakap dgn keduanya sekali. Bila diaorang mula bukak cerita 18PL aku buat pekak je. Tak ada respon.. Menjadik plak taktik aku tu... Kagum dgn diriku sendiri. Aku tu dok menghitung hari je, bila arr dia nak kuar dari opis ni..... benci tengok muka mereka..

Jap tadi aku masuk multiply web member. Banyak section dah ditutup kepada umum. Mamat ni lagi satu. Asyik mengelak je dari kekawan sekolej. Confius aku. Bukan aku sorang, sume kwn-kwn komplain yg dia ni sombong, poyo dan sebagainya. Mangsanya aku. Sebab masa kat kolej dulu dia rapat ngan aku. Pada pandangan kekawan macam kami ni rapat la. Tapi hakikatnya aku tak kenal dia. Everything rahsia.. Hidup dia mysterious.. Aku memang betul-betul tak kenal dia sampai hari ni.

Posted at 05:50 pm by narich1077
Make a comment  

May 7, 2007
Anniversarry dinner no 2

Halamak.. lambat updet. Tanggal 3hb aritue.. kitaorg gi Dinner kat American Chilis.. Kali ni aku blanja. Aku makan set grill lamb, hubby lak mkn lemongrass chicken and prawn... Nyum nyumm sedap wooo.. Tapi camana gaya aku nak kurus ek? Manjang makan. Apa nak jadik tah.... Tgk ni gamba makanan yg sedap ni... Mana tak cair....




Pastu hubby bg aku ni... Tanda cinta la tu kut ehem:



Yang ni lak masa kitaorg gi muara klang isnin tu.. Sedapnyer udang goreng ..


Posted at 01:30 am by narich1077
Make a comment  

May 2, 2007
5th anniversarry

Happy 5th anniversarry to me myself and hubby. Hehe.. Hari ni stat malam ni, dah 5 taun aku nikah ngan hubby. Tapi 5 taun kami agak sunyi. Belum ada penyeri rumah. Kalau ada pun yang bersifat robot macam TV, Radio VCD Player. Kesian.

Hari isnin lepas kitaorg gi dinner (awal) kat kelang. Muara ikan bakar. Makan banyak ketam dan udang dan sotong. Pastu rasa cam bertambah 200% kolestrol aku. Lepas tu gi downtown cheras. Tapi tak de apa yang menarik. So kitaorg gi Downtown danau kota lak. Jumpa satu beg gucci. sangat cantik. RM50.00 jer.. Tapi sebab duit tak berapa nak ada tak dapat nak beli gak la. Ujung bulan nanti nak balik Miri. Banyak nak pakai duit. Tak apa ..

Posted at 06:42 pm by narich1077
Make a comment  

Apr 17, 2007
Jangan Pandang Belakang

Semalam aku gi tgk "jgn pandang belakang" Lakonan Piere tuu... Halamak boleh tahan aa cerita dia. Jln cerita pun ada peningkatan. Cuma ending dia je tak cukup dramatik. Aku bagi 4 bintang dari 5. Hehehe....

Yang asyiknya duk sebelah aku ngan hubby ada 2 org budak pempuan. Dah tau takut nak tgk cite antu. Jadinya sepanjang masa depa dua org duk tundukkan kepala tak berani tgk screen. Siap pakai lampu henpon kasi terang sikit. Dah tu pulak asyik cakap bodoh aarrr antu ni... Hahahaha..... kelaka la. Aku tak rasa seram pulak tgk cerita tu. Malah rasa kelaka. Antu aneh. masa keta berenti dia duk dlm keta. Masa keta jln dia terbang lak ikut keta. Haha klaka... Buang tenaga je. Kan senang kalau tumpang keta tu je. tak la penat terbang. Jauh tu kl ke kuala kangsar.

Tapi apa-apahal.. tabik gak la kat piere... sebagai pengarah muda, dia kira berjaya membuat cerita yang sebaik itu "menjadi".


Posted at 06:09 pm by narich1077
Make a comment  

Apr 11, 2007
Bila harus memilih

Semalam hubby tanya aku, nak gi Bercuti ke balik kampung? Aku rasa dua-dua aku nak buat. Tapi... duit bebeh.... Sebenarnya kitaorg rancang nak gi vacation gi Langkawi next month. Tapi semalam kakak aku kol, beriya-iya suh balik. Katanya mak dan abah rindu kat aku. Tambah pula mak tak sihat. Ada ketumbuhan kat rahim. Akhirnya kami putuskan untuk balik kampung.

Problemnya kampung aku jauh sangat. Kat Miri. So sekali balik kurang-kurang RM2000 kene habis. Tambang fllight je dah RM1000+. Dah tu takkan nak balik tangan kosong kan. Dah la balik 2 -3 taun sekali. Kene gak bawa buah tangan. Tu yang pk haru tu.. Nampaknya duit yang disimpan utk gi vacation kene labur utk balik kpg lak. Takpe, rezeki mesti ada. Akhirnya Vacation kitaorg pun kene tunda ke bln 6 atau ujung taun. cayalah..


Posted at 06:15 pm by narich1077
Make a comment  

Apr 10, 2007
Gila Gila Gila

Warghhh.... penin penin... ngantuk... tak cukup tido. sendiri nyer pasal. suka tido lambat.

Datang opis busan lak lagik. Amoi tu moody tak tentu hala. Ari ni dia tak cakap apa-apa pun ngan aku. Memang la ari-ari dia kene marah ngan boss. Tapi bukan masalah aku wat. Dia yang buat keje lambat. Dia macam benggang sebab aku tak kena marah, tapi dia kena tetiap ari kut. Boss aku bukan saikotik nak marah tak tentu hala. Dah aku tak de sebab untuk digarangi buat apa lak nak marah aku. Bukan aku kata aku baek sangat. Tapi at least semua kerja yang boss bagi aku, aku boleh siapkan dalam masa sehari tu gak. Takde yang kene bawa berhari-hari baru siap. Hampehssss arrrrr......

Menjak dah beranak 2 ni pelik ar perangai dia. Kalau bercakap pun nak pedas je.. Gile ke apa...

Posted at 10:19 pm by narich1077
Make a comment  

Apr 5, 2007
Sacrifice we won't face on

Somebody mom call me. Invite me to be a member of her advertising company. Work for her as a Graphic designer. She offer me salary about RM4000.00 per month. Sound wonderfull. Sound interesting. But i choosing not to accept it. Coz, if i'm work with her, meaning i'm betrayed my own trust for myself. I've promise to myself that i never have any contact with her son wheather by wave or personnaly. I wanna keep it as a promise. If i'm working with her, too many thing to sacrifice. I have to work overtime without any single pay . Everyday was a busy day on her agency, meaning the earlier i can rich home is about 9.30. I have to work on saturday, which is i'm forget to do for about 2 years plus.

Actually my hubby keep pushing me to go to her also. And then i told him, which one he prefer: Have a baby or a busy wife everyday? He didn't come with any answer. What he only know is, I won't work for that "moma" just because of i don't want to have any contact with her son. I'm thinking for a many reason to refuse that offer. Not only coz of momma son. Maybe yes momma son is the biggest reason, but babies is most needed right now. And i'm getting old to handle too much preassure. Working as a graphic designer is not easy. Every job comes by it date and time. And every of them not comes alone. Every single work have to be done by only pair of hand and the only one brain. Have to keep eye on every mistake and to satisfied client is not so easy.

Right now, i'm happy with my workplace. I'm happy with what i get here. At least i can come back home on 5.30pm every day and don't have to come on saturday. Maybe i'm lazy. Haha... Yes i'm lazy. But i have my own reason to become a lazy designer. I don't work with a slower... huhu.... Of course i wanna get a new job with new environment, but not now. No until i have a babies.. My doc said my job have connected to this metter. So give me another year to breathe...At least till i can have my own babies...

Posted at 09:19 pm by narich1077
Make a comment  

Mar 26, 2007
AF atau Gang Starz VS American Idol

Sejak dua menjak ni, heboh tentang Akedemi Fantasia dan gang starz. Dua-dua aku tengok. Namun tak satu pun yang memuaskan hati. Start dengan AF. Persembahan ok, tapi every of them, bila low note je tenggelam. Tambah mencemuhkan lagi, Si Aznil yang tak abih-abih membebel membuang masa. Tambah letih mendengar kritikan dari para pengkritik yang perasan baguz, expecially Ogy. Sume bebudak tu buat dia anggap salah. I hate the way she talk. Gee sentiasa baik, tapi blurr... Hattan gosh... Couldn't get what he want dho.. Masa nak umumkan siapa terkeluar lak, Si Aznil tu berceramah panjang berjela cam tutor tak bertauliah. Bosan... Sempat tengok satu drama baru keluar pengumuman yang nak disampaikan. Anyway... semua pelajar AF kelakar.

Gang Starz... Cheh cam gempaq. Persembahan sume-sume berterabur cam gigi ronggak. Pengkritik, aneh.. Tak faham apa dia nak. Maple... nak jadi syafinaz konon. Vernon, imej-imej-imej... Arab.... Haaaa blurrrr.... Pengacara lak? Si Anne yang asyik tersasul. Naseb baek ada Faizal... Faizal rock da world...

American Idol... Macam biasa. Paula yang gedik, simon yang kejam dan randy yang baik. Favourite Contestent taun ni bagi aku laa... Chris sligh, melissa doolittle, Blake dan Jordin. Mutu persembahan, tak leh lawan Bo Bice dan Chris daughtry lagi. Baru belajar tak pe..

Akhirnya reality tv paling mengancam taun ni aku pilih ..... American Chopper... heheh.... Aku pun tak tau aku meraban apa ni. Ampunnnnn

Posted at 05:23 pm by narich1077
Make a comment  

Mar 21, 2007
Henpon aku ghosak bebeh.....

Last 2 week, masa en. boss aku cuti, aku la kena anta apa-apa job yang klient proof. Tgh-tgh ujan ari rabu tu aku gi Nestle anta CD dengan Print out proof selepas bertungkus-lumus menyiapkan job urgent demikian sepanjang hari. Memula Henpon sony erickson z520i aku sihat je. Aku call boss tanya no klient, Sony ehrikshen tu ok lagi. Kendian aku kol klient tu lak, suh dia turun ke lobby, Dia masih ok. Disebabkan masa tu ujan, aku suh hubby drop aku dpn lobby kendian tunggu aku kat tepi jalan. Petang-petang camtu payah nak dapat parking kat nestle. Masa aku dah siap berjumpa klient tu, kononnya nak kol hubby amik aku kat dpn lobby balik la. Tapi henpon aku macam kene virus. Screen dia keluar nombor banyak-banyak macam matrik sebelum jadi putih. Jadi tak dapat kol la. Akhirnya aku jalan je dalam hujan tu gi kereta hubby kat tepi jalan. Siyut arrrr.

Kebetulan hubby nak gi Carrefour subang, beli ubat. Sampai sana, lepas dapat ubat yang dicari trus gi kedai enpon. Tailo tu cakap z520i tu mengalami masalah ribbon, kalau nak tukar kene RM90. So pk-pk daripada ngerepair menatang z520i tu baik aku beli henpon baru. So aku tolak beliau dengan harga RM200 - 90(kos repair). Murah siyut... Tambah RM659.00 (pasal pakai kredit kad) dapatla dia ni:


Alhamdullilah.... Jahat k520i tu.. Yang ni boleh main radio, bleh tambah memori kad. Yang dia bagi free 62 + 256mb. 2 megapixel photo. slide door camera dan easy button camera. Boleh tahan ensem gak la.... Mintak-mintak takde problem lagi. Kopak aku nak bayar kredit kad.

Selingan: Pizza hut kuchai: Cantik menarik kau memang the bomb...

Posted at 10:42 pm by narich1077
Make a comment  

Mar 18, 2007
Patung Kuda Batu

Gempar..... Boss dah balik dari cuti ke Kuantan. Tapi boss balik dengan berita gempar. Boss jumpa Amoi (workmate aku). Bagitau Amoi yang gaji amoi akan dipotong 500 ringgit kalau amoi nak kerja kat sini lagi. Amoi sangat sedih. Kesian amoi, baru je bersalin anak kedua tapi dah kene cari keje lain. Lalu aku hubungi en. Nasrul, ex- art director aku. Tanya En. Nasrul kalau-kalau ada kerja kosong kat office dia. Aku boleh tolong amoi macam tu je. Boss aku tak patut la buat macam tu kat amoi. Account tu hilang bukan pasal amoi. Memang la amoi lembab dan tak boleh kerja independent macam yang dia harap. Tapi dia juga yang salah, selalu marah-marah kat klient. Bila klient datang office, alih-alih aku gak kene handle. Sementara dia keluar tah kemana. Nampak la klient tu yang sebenarnya dia tak suka mereka. Hampesss la boss aku. Tapi Alhamdullilah aku tak ada apa-apa masalah dengan dia. Baru je dia naikkan gaji aku 300ringgit. Tu yang aku aneh tu.. Huhu...

Macam biasa aku gi kerja ikut jalan klang lama, kendian masuk federal highway. Tetiap hari mesti nampak patung kuda batu. Dulu Patung kuda batu nampak cantik dan baru. Diletakkan disebelah kanan pintu masuk kedai (yang menjualnya). Tapi beberapa bulan kebelakangan ini Patung kuda batu dah bertukar tempat ke sebelah kiri pintu masuk kedai. Keadaan patung kuda batu juga dah nampak lusuh. Sedih....

Patung kuda batu dibuat penuh teliti. Hingga jika sekali imbas kita akan ingat dia kuda betul. Saiznya juga amat menyerupai saiz kuda muda sebenar. Bezanya dia tak punya mata seperti kuda hidup. Aku suka melihat ia. Sangat halus dan seni. Tapi tak boleh la aku bawa balik, sebab haram menyimpan patung dirumah. Aku hanya mampu memandang setiap hati. Cantik. Namun kesian. Simboliknya, kita juga mungkin sepertinya. Bila dah tak diperlukan lagi, kita akan diletakkan disudut lain dan tidak lagi menjadi kesanyangan.. Haru.... Namun, di sisi Allah kita tidak berbeza. Yang membezakan hanyalah amalan kita... Walahualam....

Buat kuda batu, semoga ada maksudnya dia disitu.


Posted at 05:18 pm by narich1077
Make a comment  


Next Page

   





Hi... Narish here.. I'm a humble slave of Allah. A small pieces of lime. A chronicless unconfident me.

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



She Sang:
This is the time
This is the day
That we've been waiting for
All the world will stop to watch you shine





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed